Recep Tayyip Erdogan
Recep Tayyip Erdogan

ANKARA – Turki akan membawa isu pengiktirafan Bukit Golan sebagai wilayah Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berikutan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai perkara itu yang disifatkan melanggar undang-undang antarabangsa.

Pada Khamis lalu, Trump berkata, sudah tiba masanya AS mengiktiraf sepenuhnya kedaulatan Israel terhadap Bukit Golan.

Semalam, Pemangku Menteri Luar Israel, Yisrael Katz dalam akaun twitternya menyatakan Trump akan menandatangani arahan yang mengiktiraf kedaulatan Israel terhadap Bukit Golan apabila beliau bertemu Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu di Washington hari ini.

Pengumuman Trump itu mendapat kutukan dan kritikan seluruh dunuia termasuk Majlis Hak Asasi PBB dan Kesatuan Eropah.

Sebaik sahaja pengumuman itu dilakukan , Menteri Luar Turki, Mevlut Çavuşoglu pentingnya penekanan diberikan kepada asas integriti wilayah di bawah undang-undang antarabangsa.

“Cubaan AS untuk mengesahkan tindakan israel terhadap undang-undang antarabangsa hanya akan menjurus kepada lebih banyak keganasan dan kesakitan di wilayah ini,” tulis Çavuşoglu pada akaun twitternya.

“Turki menyokong integriti wilayah Syria,” tambah beliau.

Israel merampas Bukit Golan daripadsa Syria pada 1967 semasa Perang Enam Hari.

Israel menceroboh kira-dua dua pertiga kewasan Bukit Golan dalam konflik itu.

Negara itu cuba untuk menjadikan wilayah yang dicerobhhnya itu secara sahkan pada 1981 namun tindakan tersebut ditolak sebulat suara oleh Majlis Keselamatan PBB. – Agensi