Proton
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, X70, telah mengatasi semua catatan terdahulu bagi jumlah penyerahan dalam segmen itu, sekali gus memperkukuh jenama automotif nasional sebagai antara peneraju dalam pasaran SUV Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, ia telah menjual 8,500 unit Proton X70 hanya dalam tempoh 100 hari selepas SUV itu dilancarkan.

Selain itu Proton turut merekodkan kadar pertumbuhan jualan tertinggi dalam kalangan tiga jenama automotif utama di Malaysia, apabila mencapai 42 peratus bagi tempoh dua bulan pertama 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata ,pemacu utama prestasi ini adalah Proton X70, yang menjadi model paling popular pada Januari dan Februari (berdasarkan angka pendaftaran rasmi) dan ia berada di landasan untuk mencapai pengiktirafan yang sama bagi bulan ketiga berturut-turut.

“Ini membuktikan pembeli kereta di Malaysia telah meminati SUV pertama kami, dan Proton akan terus menghargai sokongan mereka malah sentiasa berusaha menyiapkan lebih banyak unit secepat mungkin bagi mengurangkan tempoh menunggu,” katanya dalam kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast