Nga Kor Ming.
Nga Kor Ming.

KUALA LUMPUR – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menyifatkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menghina Dewan Rakyat dengan memanggil beliau Taliban.

Kor Ming dalam satu kenyataan berkata, tindakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah melanggar peraturan mesyuarat serta merupakan tindakan menghina majlis mesyuarat secara terbuka.

“Walaupun beliau (KJ)  kemudian terpaksa akur dengan perintah Speaker dan menarik balik tohmahan ‘Taliban’,” tetapi kelakuannya yang tidak senonoh ini dengan ketara telah mencemarkan imej Dewan Rakyat yang mulia.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah Parlimen ada seorang Ahli Parlimen berkelakuan begitu biadap memanggil Speaker ‘Taliban’,” kata Kor Ming.

Sebelum itu, Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Khairy Jamaluddin menggelar Kor Ming sebagai ‘Taliban’ dalam sesi soal jawab awal pagi tadi.

Dalam pada itu, Kor Ming turut mendesak Khairy Jamaluddin agar memohon maaf kepada Parlimen atas sikap biadap terhadap beliau.

“Kegagalan membuat demikian akan mencerminkan watak beliau sebagai seorang wakil rakyat dan pengundi Rembau harus menegur tingkah laku yang tidak senonoh serta melanggar tata susila ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/28/perkataan-taliban-buat-kor-ming-panas/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast