Veteran UMNO merangkap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menurunkan tandatangan pada plak sebagai gimik pelancaran sambil diiringi Penulis Buku Diari Dari Penjara, Datuk Seri Kamal Amir Kamal Hijaz (dua kiri) dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) pada Majlis Pelancran Diari Dari Penjara 1977-1981 di Dewan Bunga Tanjung Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak sewajarnya bertindak memerangi tindakan Kesatuan Eropah (EU) yang memboikot minyak kelapa sawit.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kerajaan sepatutnya melakukan usaha lain termasuk berunding semula dengan EU berhubung sekatan eksport komoditi itu bagi menyelamatkan nasib peneroka sawit seluruh di negara.

“Kita kena runding balik, cari jalan mesti, dulu pun ada juga usaha nak sekat eksport kita kerana dia nak selamatkan minyak mereka.

“Ini kerana minyak sawit kita khasiatnya baik, jadi ia mengancam kedudukan pengeluaran minyak mereka, itu sebab dia (EU) nak sekat.

“Kalau dulu kita (Barisan Nasional) berhasil runding, kenapa sekarang tak boleh runding?” soalnya kepada Malaysia Gazette selepas Majlis Pelancaran Buku Diari Dari Penjara di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Menurut bekas menteri kewangan itu, kalau kerajaan bijak, mereka mesti ada buah fikiran yang boleh digunakan.

“Kalau dia (kerajaan) nak menyerah kalah macam itu, baik serah kepada kita (BN) balik,” katanya.

Pada minggu lalu, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapannya ketika kempen Sayangi Sawitku di Banting berkata, sudah tiba masanya Malaysia ‘membalas’ tindakan EU yang merosakkan pasaran minyak sawit negara.

Mahathir berkata, antara langkah awal yang sedang dipertimbangkan ialah menghentikan pembelian segala jenis pesawat termasuk jet tempur dari negara-negara Eropah dan beralih kepada produk penerbangan dari China.

Tengku Razaleigh seterusnya berkata, tiada guna berperang dengan negara Eropah kerana ia hanya memburukkan keadaan dan boleh menyebabkan golongan peneroka komoditi itu akan kehilangan sumber pendapatan.

“Apa guna kita berperang dengan orang? Kita nak pasaran mereka, soalnya rakyat kita macam mana dia nak hidup. Kita boleh bersuara berperang apa semua, rakyat kita macam mana? Kalau jatuh harga 10 sen pun mereka terasa.

“Saya rasa itu bukan jalan (perang) pilihan kita, kita kena runding walaupun macam mana pun kena runding,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/29/minyak-sawit-tindakan-eu-risiko-cetus-perang-perdagangan/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast