PRK RANTAU- Sokongan pengundi khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sangat diperlukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyusun pelan pembangunan yang strategik dan mampan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Rantau berpotensi besar dibangunkan kerana kedudukan dekat dengan KL tetapi terabai walaupun dikuasai UMNO BN kian lama,” kata Presiden PKR itu dalam sidang media selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Seri Sendayan di sini hari ini.
PKR mengetengahkan Dr. S. Streram sebagai calon PH yang menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan mempertahankan kerusi tersebut.
Manakala dua calon bebas, R. Malar, 51, juga akan bertanding menggunakan lambang pokok dan bekas ahli Pas berusia 66 tahun, Mohd. Nor Yassin.
Jelas Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, pembangunan DUN Rantau merupakan fokus utama yang akan beri perhatian parti untuk meyakinkan rakyat.
Menurutnya jentera PH yang diketuai Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyelaras di peringkat nasional akan akan memastikan segalanya berjalan lancar.
“Peringkat nasional kita mohon rakyat beri dokongan penuh kepada PH dibawa Tun M (Mahathir Mohamad) yang berjaya mengekang keterlanjuran rasuah dan penyelewengan besar.
“Peringkat negeri, kita lihat hampir setahun di bawah MB (Aminuddin)i projek yang memberi impak langsung lepada rakyat termiskin termasuk kemudahan asas jauh lebih baik daripada apa yang dilakukan kerajaan terdahulu.
“Di Rantau saya lihat ada beberapa program baharu yang dilaksanakan untuk rakyat,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette