JOHOR BAHRU – Seramai enam lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat kegiatan pusat panggilan (calling centre) tipu tawaran kerja tidak wujud dalam talian di Permas Jaya di sini semalam.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 25 hingga 38 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah unit pangsapuri mewah.

“Dalam serbuan itu, pihak polis berjaya merampas pelbagai barangan yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan.

“Antaranya enam buah komputer pelbagai jenama, 24 buah telefon bimbit, enam helai baju, plug sambungan, pengecas telefon bimbit dan kunci rumah.

“Hasil siasatan mendapati lima daripada suspek mempungai satu kes rekod jenayah lampau berkaitan kes tipu tawaran kerja dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Raub, kesemua suspek direman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

Tambah beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette

Caption gambar: Enam lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat kegiatan pusat panggilan tipu tawaran kerja tidak wujud dalam talian di sebuah pangsapuri mewah di Permas Jaya, Johor Bahru semalam.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast