KUALA LUMPUR – KFC Malaysia akan menghidangkan semula Popcorn Chicken atas permintaan ramai mulai esok.

Bersama kelazatan perisa Hot & Spicy, KFC Popcorn Chicken kembali lebih padat dan enak.

Setiap suapan menyajikan kerangupan menakjubkan diiringi sentuhan rempah Hot & Spicy, bagi memberi kepuasan yang terjamin.

3 POPCORN-Box Meal

Bukan sahaja mudah dinikmati di mana sahaja, KFC Popcorn Chicken juga sesuai dipadankan sebagai sampingan bagi melengkapi hidangan-hidangan KFC kegemaran anda yang lain.

“Kami tahu ramai di antara anda yang amat menanti-nantikan kemunculan semula ini. Oleh itu, kami amat teruja untuk membawakan kembali Popcorn Chicken ikonik ini,” kata Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan.

Para penggemar kombo Family Feast juga boleh menikmati hidangan ini sebagai pembelian tambahan hanya dengan RM6.00.

2 POPCORN-ComboManakala KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken secara À la carte pula ditawarkan daripada harga RM8.90, selain itu terdapat di dalam hidangan kombo bersama Crispier Fries dan Pepsi Black serta hidangan Box yang didatangkan bersama tambahan seketul ayam.

KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara sementara stok masih ada. – MalaysiaGazette