Acap berbaju hijau.

KUALA LUMPUR – ‘Kehilangan’ peserta Gopeng Ultra Trail di Bukit Batu Puteh, Perak, Mohamad Ashraf Hassan sejak lebih seminggu lalu masih menjadi misteri.

Sehingga hari ini, Mohammad Ashraf, 29, yang lebih dikenali sebagai Acap itu masih belum ditemui sejak hilang pada 23 Mac lalu.

Hari ini masuk hari kesembilan Acap masih belum ditemui.

Walaupun usaha mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar melibatkan pelbagai agensi berkuasa dihentikan namun ia masih diteruskan oleh pasukan polis tempatan, keluarga dan kenalannya.

Pelbagai elemen telah dibentuk dan terlibat sepanjang operasi dijalankan melibatkan keluasan kawasan pencarian 35 kilometer (km) persegi berbanding sembilan km persegi di kawasan laluan di Bukit Rateh dan Bukit Batu Putih telah dilakukan.

Namun semua usaha itu menemui jalan buntu.

Insiden Acap turut mendapat simpati netizen lebih-lebih lagi melihat ibu mangsa memangiil-manggil nama anaknya di dalam hutan.

Difahamkam, ibunya turut mendaki sampai ke pucak bukit bagi mencari anaknya.

Selain itu, ikhtiar rakan dan orang awam termasuk bukan Melayu, ahli-ahli mewakili unit amal parti politik masih diteruskan setakat ini.

Selain itu, usaha mencari Acap oleh beberapa pihak yang melakukan solat hajat juga dilakukan sejak seminggu lepas.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast