Tertuduh seorang wanita warganegara Vietnam, Doan Thi Huong dikawal ketat oleh anggota polis selepas menghadapi tuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara dan diarahkan untuk membela diri oleh mahkamah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 16 OGOS 2018.
Tertuduh seorang wanita warganegara Vietnam, Doan Thi Huong dikawal ketat oleh anggota polis selepas menghadapi tuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara dan diarahkan untuk membela diri oleh mahkamah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 16 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Pendakwa Raya Malaysia telah menggugurkan tuduhan bunuh terhadap seorang wanita Vietnam yang didakwa membunuh Kim Jong-nam selepas dia mengaku bersalah terhadap dakwaan yang lebih ringan iaitu menggunakan bahan berbahaya.

Pendakwa memberitahu mahkamah bahawa mereka membuat tawaran untuk mengurangkan pertuduhan itu selepas menerima representasi daripada kedutaan Vietnam dan peguam wanita.

Doan Thi Huong, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, penalti kewangan atau sebatan.

Huong didakwa melepaskan racun VX kepada muka Kim Jong nam, sejenis senjata kimia di klia2 pada bulan Februari 2017.

Jong-nam adalah abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Huong telah didakwa bersama seorang wanita Indonesia bernama Siti Aisyah.

Pendakwa raya membuat keputusan mengejut bulan lepas apabila menggugurkan pertuduhan membunuh terhadap Siti Aisyah, tetapi tidak kepada Huong, walaupun rayuan telah dibuat oleh kerajaan Vietnam.

Tiada alasan diberikan untuk keputusan itu.

Pada tahun lalu, seorang hakim telah meminta Huong dan Siti Aisyah membela diri selepas terdapat bukti bahawa dua wanita dan empat orang lelaki Korea Utara terlibat dalam “konspirasi yang dirancang dengan baik” untuk membunuh abang Kim Jong Un.

Peguam-peguam kepada dua tertuduh itu menyatakan bahawa mereka beranggapan penglibatan itu sebagai sebahagian aksi gurau senda realiti dan tidak tahu bahawa mereka telah meracun Jong-nam. – MalaysiaGazette