Datuk Seri Ismail Sabri hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Pembangkang mahu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Muhajid Yusof Rawa memberi penjelasan sama ada  pembayaran jualan aset dan harta Tabung Haji akan diterima selepas tujuh tahun tempoh jualan.

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika benar, ia mencurigakan kerana ia satu di luar  kelaziman proses jual beli aset yang sepatutnya menerima pembayaran secara langsung.

“Mujahid diselamatkan oleh loceng apabila waktu menjawab sudah tamat sebenarnya kita masih lagi tidak berpuas hati terutama penjualan aset serta pelaburan syarikat tujuan khas (SPV) tersebut walaupun aset sudah berpindah tangan tapi dari segi pembayaran Tabung Haji masih belum dapat.

“Difahamkan, selepas tujuh tahun jualan baru dapat biasanya jualan selepas itu terus dapat pembayaran. Itu yang kita perlukan penjelasan

“Mungkin kita akan bangkit dalam bajet tambahan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau terdahulu diminta mengulas kenyataan Mujahid dalam Dewan Rakyat ketika membahaskan sul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya.

Kata Mujahid  Prokhas Sdn Bhd berperanan menjalankan proses rehabilitasi kesemua aset Lembaga Tabung Haji yang tidak menguntungkan.

Beliau menegaskan syarikat milik Menteri Kewangan (diperbadankan) itu tidak menguruskan aset dan harta TH, sebaliknya harta itu diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV) Urusharta Jamaah Sdn.Bhd (UJSB) yang mempunyai kuasa eksekutif.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast