Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Donald Trump bersedia untuk menutup sempadan selatan Amerika Syarikat jika perlu.

Namun, tindakan Mexico menangkap ribuan orang dalam sejak kebelakangan ini telah memberi kesan besar terhadap keadaan di sempadan.

Jumaat lalu, Presiden Amerika Syarikat itu mengancam untuk menutup sempadan Mexico pada minggu ini kecuali Mexico mengambil langkah untuk membantunya dalam menangani pendatang haram.

Pentadbiran Trump tidak lagi menekan dalam isu tersebut berkata, Mexico telah mengambil tanggungjawab dengan baik dalam menangani aliran masuk pendatang asing.

“Mereka telah menangani sejumlah besar pendatang. Malah, mereka turut menahan individu yang memasuki sempadan dan mereka yang mendakwa mendapat suaka di Mexico, tetapi sebenarnya permohonan mereka baharu sahaja di proses,” kata Sarah Sanders.

Mexico juga telah menghentikan kemasukan pendarang daripada merentasi sempadan, jadi pendatang tidak datang ke Amerika Syarikat.

“Pendekatan yang diambil Mexico cukup membantu,” kata Sanders.

Trump yang telah berlembut dalam isu pendatang berkata:”Selepas bertahun-tahun (dekad), Mexico kini menangkap sejumlah besar orang di sempadan selatan, kebanyakannya dari Guatemala, Honduras dan El Salvador”. -MexiMalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast