PARIS – Belgium terus unggul pada kedudukan teratas dalam senarai terbaharu ranking bola sepak dunia yang dikeluarkan FIFA semalam.

Kedudukan dalam kelompok tiga teratas masih tidak berubah dengan pemenang Piala Dunia, Perancis berada di tangga kedua di depan Brazil yang menghuni tempat ketiga.

Finalis Piala Dunia, Croatia pula jatuh satu anak tangga di tempat kelima selepas diketepikan oleh England.

Kejayaan England itu setelah mempamerkan aksi meyakinkan dalam kelayakan Euro 2020 apabila meraih kemenangan ke atas Republik Czech dan Montenegro pada bulan lalu.

Jerman pula melonjak ke tangga ke-13 naik tiga anak tangga selepas melakar kemenangan ke atas Belanda dalam kelayakan Euro, bulan lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast