SEATTLE – Boeing Co. merancang untuk mengurangkan pengeluaran bulanan pesawat 737 sebanyak 20 peratus susulan kes nahas membabitkan pesawatnta,
Cadangan itu merupakan petanda Boeing tidak menjangka pihak berkuasa penerbangan membenarkan model pesawat berkenaan dibenarkan terbang dalam tempoh terdekat ini.
Penghantaran jualan pesawat itu dibeku selepas dunia diminta tidak menggunakannya susulan nahas membabitkan Ehiopian Airlines pada 10 Mac lalu, mengorbankan 157 orang penumpang.
Manakala nahas Lion Air pada Oktober tahun lalu membunuh 189 orang orang.
Boeing akan mengurangkan kepada 42 pesawat sebulan berbanding 52 mulai pertengahan April, kata Boeing dalam satu kenyataan.
Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata, syarikat itu percaya model Boeing 737 itu akan ditahan daripada beroperasi sekurang-kurangnya dua bulan, tetapi jika melebihi daripada itu, ia adalah kemungkinan yang serius.
Nahas membabitkan pesawat Ethiopia Airlines dan Lion Air telah membangkitkan krisis paling panjang bagi Boeing.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dennis Muilenburg berkata, syarikat itu kini mengetahui bahawa rantaian kejadian menyebabkan kedua-dua bencana itu, dengan pengaktifan salah perisian MCAS yang anti-berhenti “hubungan biasa” antara kedua-duanya.
Boeing berkata, ia tidak akan mengurangkan pekerjaan pada kadar pengeluaran baru dan akan berusaha untuk meminimumkan kesan kewangan.
Lembaga syarikat akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji bagaimana syarikat itu mereka bentuk dan membangunkan kapal terbang, kata Muilenburg.
Kumpulan itu akan “mengesyorkan penambahbaikan terhadap dasar dan prosedur kami” untuk program 737 MAX dan lain-lain pesawat.
Boeing berkata, ia terus membuat kemajuan dalam mengemas kini perisian 737 MAX untuk mengelakkan kemalangan lanjut. – MalaysiaGazette