KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim menasihatkan bakal perdana menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak terlalu teruja apabila menerima pujian daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perjalanan untuk Presiden PKR itu masih terlalu jauh.
“Mula-mula Anwar lebih baik dari Ghafar; ia tidak menyelamatkan Anwar. Kemudian Najib lebih baik dari Paklah; ia tidak menyelamatkan Najib. Sekarang Anwar lebih baik dari Najib. Saya rasa Anwar tidak patut berasa terlalu teruja. Perjalanan masih jauh,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ciapan di laman Twitter malam tadi.
Zaid yang pernah menyertai PKR pada 2008 mengulas reaksi Anwar terhadap kenyataan Dr Mahathir bahawa Ahli Parlimen Port Dickson itu lebih baik berbanding Najib.
Anwar ketika diminta mengulas kenyataan perdana menteri itu berkata, beliau menghargai apa yang telah dibacanya menerusi akhbar pada hari tersebut. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan: