BAITULMAQDIS – Rakyat Israel hari ini mengundi dalam pilihan raya paling sengit yang menyaksikan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mempertahankan kedudukannya untuk penggal kelima.

Netanyahu adalah pemimpin sayap kanan parti Likud.

Tetapi, beliau berdepan dengan tuduhan rasuah dan dicabar oleh jeneral tentera bersara, Benny Gantz.

Gantz, ketua bagi sepakatan Blue and White mencabar Netanyahu dengan menampilkan isu-isu keselamatan dan berjanji akan mengamalkan politik bersih.

Tidak ada parti yang yang memenangi 120 kerusi Parlimen Israel – Knesset.

Keputusan dijangka diperoleh seawal 22:00 (19:00 GMT).

Dalam satu perhimpunan, Netanyahu berkata, penyokong parti Likud tidak boleh selesa dan menggesa mereka keluar mengundi.

Ini kerana, pesaingnya masih ada peluang untuk menang. – MalaysiaGazette