Pengawal Revolusi Iran. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengelar Pengawal Elit Revolusi Iran (IRGC) sebagai oerganisasi pengganas asing.

Ia merupakan kali pertama Amerika Syarikat melabelkan tentera luar sebagai organisasi pengganas.

Dalam kenyataannya, Trump berkata: “Langkah yang belum pernah terjadi sebelumnya, yang dipimpin oleh Jabatan Negara, mengiktiraf kenyataan bahawa Iran bukan sahaja Penaja Negara Keganasan, tetapi IRGC secara aktif mengambil bahagian, membiayai, dan mempromosikan keganasan sebagai alat negara”.

Iran membalas kenyataan itu dengan mengisytiharkan tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah juga sebagai organisasi pengganas, menurut laporan berita Iran.

Ketegangan Washington-Tehran telah meningkat sejak Trump menarik balik Perjanjian Pakatan nuklear Iran dengan antarabangsa.

Tindakan Amerika Syarikat melabelkan tentera Iran sebagai organisasi pengganas akan membolehkan negara itu melaksanakan sekatan lanjut, khususnya yang menjejaskan sektor perniagaan memandangkan IRGC terlibat dalam ekonomi Tehran.

Sejumlah IRGC dan entiti bersekutu telah menjadi sasaran sekatan Amerika Syarikat kerana untuk dakwaan aktiviti pembiayaan, sokongan terhadap keganasan dan penyalahgunaan hak asasi manusia.

Presiden Amerika Syarikat itu menambah, kenyataan itu bermakna tekanan yang lebih signifikan dengan skop dan skala diperluaskan ke atas Iran.

“Jika anda membuat perniagaan dengan IRGC, anda akan membiayai keganasan,” kata Trump.

Menurut Jabatan Negara, langkah itu akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu lagi.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata, sekatan dan tekanan ke atas Iran diteruskan supaya negara itu kembali normal dan menyeru sekutunya melakukan tindakan serupa. – MalaysiaGazette