Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Jenazah Jari Abdullah, rakyat Malaysia yang diculikĀ  di Filipina akan diterbangkan ke Malaysia esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Luar Negeri yang mengesahkan kematian Jari di West Metro Medical Centre, Zamboanga City, Mindanao, semalam.

Jari meninggal dunia pada pukul 1.17 petang waktu tempatan, menurut Kementerian Luar Negeri.

Konsul Jeneral Malaysia ke Davao City telah dihantar ke Zamboanga sejak 5 April lalu bagi memantau keadaan mangsa, di samping menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga beliau.

Beliau juga sedang meyempurnakan urusan supaya jenazah mangsa di bawa pulang ke tanahair dengan seberapa segera.

“Jenazah mangsa dijadual diterbangkan pulang ke Malaysia khamis ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada hari Jumaat, jam 7.45 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan serta pihak berkuasa ilipina di atas usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa sejak beliau diculik pada 6 Disember tahun lalu.

Kementerian Luar Negeri juga mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga dan kenalan mangsa di atas pemergian Jari. – MalaysiaGazette