Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika ramah mesra bersama penduduk sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Taman Seri Intan, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 11 APRIL 2019

PRK RANTAU – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta wakil media menyemak dengan Perdana Menteri  sendiri sama nama calon Menteri Besar Johor sudah mempersembahkan untuk diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Presiden PKR itu berkata, pihaknya juga menunggu nama pengganti Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan pada Selasa lalu.

“Tanya Tun Mahathir (Mohamad). Kena tunggu (calon MB) diperkenankan Tuanku. Belum (diperkenan) sebab tuanku sedang bercuti,” katanya ketika ditemui selepas kempen PRK Rantau di sini malam ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Port Dickson itu juga dilihat  maklum mengenai krisis percanggahan pendapat dalam soal pelantikan Menteri Besar Johor antara kerabat diraja itu dengan Mahathir.

Semalam, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan mempersembahkan nama calon Menteri Besar kepada Sultan Johor sebaik peletakan jawatan Osman diperkenankan.

Katanya, surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas itu sudah dipersembahkan kepada Sultan Johor pada Isnin lalu.

Menurutnya, keputusan itu diambil mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan nama calon diusul dan parti yang mendapat mandat majoriti dipersembahkan kepada sultan untuk diperkenan.

“Perlembagaan jelas maknanya calon yang dipercayai akan mendapat dukungan majoriti ahli dewan undangan negeri.

“Jadi, apa yang PM sebut adalah nama itu dikemukakan dan kita bersetuju nama itu dari Bersatu yang mendapat dukungan majoriti dan tunggu perkenan tuanku,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast