Warga emas, Herman Dahlan mengasingkan kayu yang sesuai dan berkualiti untuk dipasang pada rumahnya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Mawar Mambau, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 11 APRIL 2019.

RASAH – Walaupun semakin dimamah usia, Herman Dahlan, 68, tidak pernah mengenal erti lelah dan putus asa untuk menyiapkan sebuah rumah yang dibina daripada bahan-bahan terbuang.

Menurut Herman, dia tetap mengerahkan kudrat tuanya menyiapkan binaan tersebut demi mencapai impian untuk memiliki sebuah rumah sendiri walaupun tidak berapa sempurna.

“Pakcik dah tua, umur pun sudah lanjut, jadi tak boleh buat kerja dengan cepat kerana ada penyakit asma.

“Pakcik juga pernah terjatuh ketika memasang kayu di bahagian atas tapi mujurlah tidak terjadi apa-apa,” katanya ketika ditemui di Kampung Mawar, Mambau.

Jelas Herman, jika keadaan kesihatannya mengizinkan, dia akan melakukan kerja-kerja menyusun papan, kayu dan juga bertukang hampir setiap hari walaupun pergerakan agak terbatas kerana kakinya yang bengkak akibat dipatuk ular tedung beberapa tahun lalu.

VIDEO BERKAITAN :