Aminuddin Harun Negeri Sembilan Menteri Besar Covid-19 positive MB
Aminuddin Harun

RANTAU – Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengakui Datuk Seri Mohamad Hasan sukar dicabar di Rantau memandangkan kawasan Dewan Undangan Negeri itu adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mad telah mempertahankan kerusi DUN Rantau tiga penggal berturut-turut sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lagi.

“Tempoh 14 hari memang belum cukup dan tempoh kerajaan PH mengambil alih kerajaan negeri baru setahun.

“Kita memang banyak lagi yang perlu dipertingkatkan dan perbaiki segera,” katanya dalam sidang media selepas keputusan PRK DUN Rantau di Bilik Gerakan Utama PH, Bandar Ekar, Rantau malam ini.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu, pihaknya kan meneliti semula segala kelemahan dan mengkaji trend pengundi sambil menegaskan peningkatan undi diperoleh Tok Mad tidak banyak berbanding PRU13.

“Jadi kita lihat ada potensipada masa akan datang kerana undi hampir 5,000 oleh Tok Mad didapati ada sokongan cuma di kubu kuat beliau, tetapi itu keputusan rakyat.

“Kita akan lihat ‘post-mortem’ dan kita juga melihat bahawa undi masyarakat Cina kurang sedikit begitu juga dengan pengundi india yang kebanyakannya tidak turun,” ujarnya lagi.

Ditanya apakah puncanya pengundi Cina dan India tidak keluar mengundi, katanya, beliau tidak pasti mengapa terjadi sedemikian dan akan mengkaji perkara tersebut.

“Ini saya harus lihat sebab saya ingat masyarakat India seharusnya menerima dia (Streram) yang mana PRK ini peluang menambah wakil mereka tetapi nampaknya tak menunjukkan satu harapan,” katanya.

Ditanya adakah  Streram akan dikekalkan sebagai penyelaras PH DUN Rantau beliau bagaimanapun berkata “Perkara itu akan dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi PH dan PKR”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast