Mohamad Fuzi Harun
Mohamad Fuzi Harun,

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 209 laporan polis mengenai kenyataan jelik pemilik akaun Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ ke atas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, usaha mengenal pasti dan mengesan pemilik laman Facebook itu kini sedang dipergiatkan.

“Walaupun akaun berkenaan telah disekat oleh pihak Facebook dan tidak lagi boleh diakses, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebar atau berkongsi tangkap layar posting jelik yang dibuat pemilik akaun tersebut melalui apa jua rangkaian komunikasi dan media sosial, katanya dalam kenyataan.

Laman Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ tular dengan paparan gambar Yang di-Pertuan Agong telah diubah suai yang menghina dan mencerca Baginda.

Menurut Mohamad Fuzi, hantaran itu boleh mencetuskan kontroversi selain menjejaskan ketenteraman awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast