Datuk Ahmad Kasim
Datuk Ahmad Kasim

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin PKR sedang memperincikan butiran ahli parti yang didakwa bergaduh di bilik gerakan Pakatan Harapan (PH) dan menghalang tugas pihak polis.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Kasim berkata, anggota yang bersalah semasa kempen di Rantau berkemungkinan dikenakan tindakan tegas termasuk digantung keahlian.

Beliau menegaskan, pihaknya memandang berat kes-kes seumpama itu terutamanya yang berkaitan dengan pencabulan undang-undang negara.

“Siasatan bermula secepat mungkin setelah maklumat anggota yang didakwa melakukan kesalahan tersebut diperolehi.

“Pimpinan cabang dan anggota lain perlu membuat laporan terperinci kepada Lembaga Disiplin Parti bagi mempercepatkan proses ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang bertindak pantas dan menahan pesalah terbabit.

“Kami amat prihatin dan mengesa seluruh anggota parti sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak mengambil jalan mudah.” ujarnya.

Sabtu lalu, berlaku pergaduhan yang dicetuskan oleh sekumpulan penyokong PH di bilik gerakan utama mereka di Bandar Ekar, Rembau selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pergaduhan itu didakwa tercetus selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi PRK Rantau yang memihak kepada calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast