Antara peralatan yang digunakan ketika proses pencetakan menggunakan mesin cetak Original Heidelberg Cylinder yang berusia hampir 60 tahun ketika ditemui semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di BS Supply, Jalan Brunei Selatan, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 20 APRIL 2019.

Pengendali mesin cetak, Chan Yoke Hong, berusia 71 tahun, teliti menjalankan proses pencetakan menggunakan mesin cetak Original Heidelberg Cylinder yang berusia hampir 60 tahun.

Chan berkata penggunaan mesin pencetak Original Heidelberg Cylinder ini memerlukan kesabaran dan kepakaran yang tinggi kerana jika tersilap langkah, proses pencetakan akan bermasalah.

Original Heidelberg Cylinder dihasilkan oleh syarikat Heidelberger Druckmaschinen di Jerman. Mesin ini juga disebut sebagai kincir angin ‘windmill’ kerana bentuknya dan fungsi sistem pergerakan pencetakan yang terhasil.

Mesin cetak yang bersaiz 46×58.5cm 18 kaki,23 dihasilkan oleh syarikat Heidelberger Druckmashinen sekitar tahun 1960-an. Original Heidelberg Cylinder telah berada di Kuala Lumpur lebih 60 tahun yang lalu, sebelum syarikat pencetakan ini bertukar pemilik.

Kini hampir 6 tahun, Chan Yoke Hung berkhidmat di BS Supply yang terletak di Jalan Brunei Selatan, Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Semasa proses pencetakan, saiz yang tepat pada cylinder tekanan silinder amat dititik beratkan. Setiap tekstur mewakili satu halaman muka surat pencetakan, blok gelap merupakan imej yang akan dipindahkan ke kertas semasa proses pencetakan berjalan.

Tambahnya pula, mesin cetak ini mungkin satu-satu yang masih digunakan oleh syarikat pencetakan di Kuala Lumpur, kerana lambakan mesin pencetak moden yang sepenuhnya dilengkapi dengan pelbagai fungsi.