KUALA LUMPUR – Nampaknya bila ada gangguan bekalan air ada pihak yang ambil kesempatan.

Biasanya antara premis yang terjejas gara-gara tidak ada bekalan air adalah restoran.

Rata-rata mereka akan menggunakan pinggan plastik atau kertas pakai buang bagi memudahkan operasi.

Namun tular di media sosial ada restoran mamak yang mengenakan caj kepada pelanggan kerana menggunakan cawan kertas atau plastik, ia menimbulkan kemarahan ramai.

Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PERMAS), Ayob Abd. Majid berkata, tindakan kedai mamak berkenaan dianggap melampau.

“PERMAS kesal dengan sikap sesetengah restoran yang ambil kesempatan ini dan mengambil kesempatan sewaktu krisis air melanda Lembah Klang,” ujarnya hari ini.

Menurut Ayob, walaupun restoran berkenaan tidak lagi mengenakan caj tambahan apabila bekalan air catuan sudah ada di Petaling Jaya namun ia tetap satu kesalahan.

“Saya rasa wajar kementerian berkaitan pengguna ambil maklum dan beri amaran kepada mereka dan saya mahu orang ramai terus peka dengan perbuatan sedemikian kerana ia kuasa pengguna,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast