Proton

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta nasional Proton mendapat kemudahan perbankan bernilai RM1.88 bilion dari China Construction Bank untuk membiayai pengembangannya di rantau ini.

Pengerusi Proton, Syed Faisal Albar berkata, pinjaman itu diperuntukkan bagi rancangan pertumbuhan Proton untuk menjadi jenama automotif nombor 1 di Malaysia dan nombor 3 di ASEAN menjelang 2027.

“Pengembangan ke pasaran asing adalah kritikal untuk pertumbuhan jualan sambil mendapatkan pembiayaan bagi membolehkan syarikat itu melabur dalam banyak projek yang diperlukan untuk menjadikan Proton menjadi jenama automotif yang benar-benar global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ogos tahun lalu, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, yang memiliki 49.9% pegangan dalam Proton, bersetuju untuk memperluaskan perkongsiannya dengan pembuat kereta itu untuk menaik taraf rangkaian kereta dan membantu mengembangkan kemunculan Proton di China dan pasaran antarabangsa yang lain.

Proton berkata, ia juga menukar dokumen dengan Alhaj Automobile Pakistan di Beijing, di mana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menghadiri Forum 1 Jalur 1 Jalan.

Proton menandatangani perjanjian pelesenan dan bantuan teknikal dengan Alhaj untuk membina kilang pembuatan di Karachi dengan pelaburan awal sebanyak AS$30 juta (RM124 juta) untuk memasang dan mengedarkan kereta Proton bagi pasaran Pakistan. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast