Platform minyak milik Niger Delta Petroleum Resources di Delta. foto Agensi

YENAGOA, Nigeria – Lelaki bersenjata menculik tiga pekerja di platform minyak di rantau Delta.

Mereka yang diculik adalah warga negara Kanada, Scotland dan Nigeria.

Penyerang didakwa telah menyerbu platform minyak milik Niger Delta Petroleum Resources di Ogbele, Rivers kira-kira 8 pagi (0700 GMT), menurut Mejar Ibrahim Abubakar, jurucakap operasi tentera bagi kawasan tersebut.

Gerakan mengesan sedang dilakukan, malah polis telah meningkatkan keselamatan di laluan timur-barat, berikutan lelaki bersenjata itu telah menyerang orang awam sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Delta Niger menghasilkan sebahagian besar minyak mentah Nigeria. Ia telah dibelenggu oleh kumpulan jenayah dan oleh kumpulan bersenjata yang menuntut sebahagian besar pendapatan minyak bagi rantau ini.

Pada hari Khamis, dua pekerja minyak Royal Dutch Shell telah diculik dan pengiring polis mereka terbunuh di Rivers State ketika dalam perjalanan pulang. – MalaysiaGazette