KUALA LUMPUR – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menafikan terbabit dalam program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putra Mahkota yang dikatakan berlangsung hari ini.
Sumber Istana Pahang berkata, program tersebut – yang tular di laman sosial – tidak terkandung dalam jadual program Tengku Hassanal.
“Tuanku Tengku Hassanal juga dijadualkan menghadiri program di Pahang seharian pada esok (hari ini),” kata sumber itu semasa dihubungi Bernama di Kuantan, semalam.
Sumber tersebut juga berkata Tengku Hassanal bertitah supaya namanya tidak digunakan oleh mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran rasmi Istana Pahang.
Sebelum ini, poster yang mendakwa program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putra Mahkotayang dikatakan akan berlangsung di Mahkota Parade, Bandar Hilir, Melaka pada 5.30 petang hari ini tular di laman media sosial.
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast