David De Gea

LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak menyesal menurunkan David de Gea selepas satu lagi kesilapan penjaga gol itu menyebabkan kan Chelsea meraih keputusan seri 1-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.

De Gea terus mencetus kontroversi selepas prestasi tidak menentu ketika United tewas teruk kepada Barcelona, Everton dan Manchester City dalam tiga perlawanan terakhir pasukan itu.

Pada perlawanan menentang Chelsea pula, kesilapan De Gea yang gagal menangkap kemas rembatan jarak jauh Antonio Rudiger membenarkan Marcos Alonso menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat.

Sebelum itu, tuan rumah mendahului dengan gol pembukaan oleh Juan Mata pada minit ke-11,

Begitupun, ketika menuju ke bilik persalinan, De Gea mendapat sokongan peminat yang bertindak melaungkan namanya sebagai pengiktirafan atas prestasi baiknya sejak beberapa musim lalu sebelum mengharungi kejatuhan prestasi, baru-baru ini.

Sementara itu, masa depan De Gea di United masih belum dapat dipastikan dengan kontraknya masih berbaki setahun.

Begitupun, Solskjaer berkata, dia akan berbincang dengan penjaga golnya itu pada minggu ini untuk memastikan langkah  merehatkannya pada baki musim ini adalah tindakan yang terbaik.

United yang ketika ini mengutip 65 mata menghuni tangga keenam liga dan dibezakan tiga mata dengan pasukan tangga keempat, Chelsea berbaki dua perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast