Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengarahkan tiada aktiviti perhimpunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pantai Sepang dalam tempoh terdekat susulan 18 orang murid sekolah itu dijangkiti influenza B.

Serentak itu, ibu bapa atau penjaga diminta membuat laporan kepada sekolah jika murid sekolah berkenaan dijangkiti wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin berkata, murid-murid di sekolah berkenaan yang mengalami selesema dan batuk menggunakan penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan jangkitan.

“Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor diminta memantau kes ini dan membantu mangsa dari aspek kebajikan dan mamtuhi prosedur operasi standard.

Tambahnya, buat masa ini tiada keperluan untuk menutup mana-mana sekolah. – MalaysiaGazette