Sumber: Facebook HRH Crown Prince of Johor

KUALA LUMPUR – Pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati berhubung pertukaran semula cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari tahun depan demi agenda peribadi, melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik dipersilakan berpindah ke negeri-negeri yang masih bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Titah itu dibuat oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Baginda bertitah, dalam mempertimbangkan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri itu.

Tegas baginda, pelaksaan projek pembangunan ini akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya.

Menurut baginda, keputusan yang dibuat itu adalah dengan izin dan restu Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, ia turut mengambil kira pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat.

“Maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad.

“Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu,” titahnya.

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Ismail menerusi kenyataan di Facebook bertitah, baginda sudah menitahkan perkara terbabit kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk dibincangkan.

Susulan itu, Onn Hafiz dilaporkan berkata, penyelarasan semula cuti hujung minggu itu akan membabitkan lebih 4.1 juta rakyat negeri itu termasuk 587,343 pelajar dan 1.948 juta pekerja. – MalaysiaGazette

Cuti mingguan Johor ditukar semula kepada Sabtu, Ahad pada Januari 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

17 Komen

  1. Daulat Tuanku… Sejak akhir2 ni,jika ada titah perintah daripada Sultan mahu pun daripada Raja raja,tentu ada saja pihak yg tak puas hati.Hanya kerana peribadi dan kepentingan politik,mereka2 ini semakin berani menunjukkan sikap kurang ajar serta tidak menghormati Sultan dan Raja yg boleh menjadi rakyat Durhaka.Daripada zaman nenek moyang kita lg memang kita amat menjaga serta mempertingkatkan Sultan dan Raja raja.Aku begitu kecewa dgn sikap segelintir ahli2 politik dari parti yg sama juga yg selalu buat masalah seperti ini.Tolonglah jgn membawa budaya2 yg boleh memecahbelahkan rakyat dgn menyentuh mahu pun menegur apa yg telah dititah perintah kan oleh Sultan mahu pun Raja kita yg berdaulat..Jgn memalukan agama bangsa dan negara….
    Daulat Tuanku.Daulat Tuanku.Daulat Tuanku

  2. perlu ke bercakap seperti itu, itu hak rakyat nak duk sana or tak, sbb di Johor bukan tanah milik siapa2 pun, Ia milik Allah, kamu semua rakyat johor hanya Pemegang amanah dri Allah, so jgn bercakap sombong, Allah lagi sombong, kalau kita semua sombong..sebagai pemimpin kita jgn tujuk kita tu sombang dgn apa yg kita ada, sesungguhnya harta dunia hanya sementara sahaja.di akhirat Allah tidak Tegok pun pangkat kamu, Harta kamu, yg Allah tgok amal ibadah kamu.

  3. cuti hari jumaat dh elok

    Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Kalian benar-benar akan mengikut jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan memasukinya. Kami (iaitu kalangan sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda SAW menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)?” (Hadis Riwayat al-Bukhari
    dan Muslim)

    • Hello bro…kalau you tak puas hati dgn apa yg di printahkan oleh Pemangku sultan johor, you boleh pindah ke negeri lain… Dan 1 lg you jangan nak melibat kan agama lain dalam urus kamu… Negara kita ini ada undang2 bro…

    • Isunya pasal hari Jumaat.Knapa tak petik surah alJumu’ah @ Jumaat ayat 9 & 10 – jual beli pada hari Jumaat……..
      atau surah an Nisa ayat 59 – taat kpd ulil amri & pemerintah.

    • betul… setuju sangat,dah elok Jumaat cuti, khutbah Jumaat JDT 23 Ogos 2024 berkenaan hari Jumaat.
      (hari perhimpunan umat Islam).selang beberapa hari, keluar kenyataan ni …SEDIH,KECEWA.

  4. begitulah bila Iman Di dada bila iman ikut- ikutan….mana rasa lebih baik dengan akal fikiran pada waktu itu… itulh yg Akan dia ikut-….tiada rasa ingin tau mengapa orang dahulu buat begitu Dan bagini…acauan siapa?

  5. Dah elok2 cuti jumaat, tukar balik ikut cuti ajaran kristian… Menyedihkan bila mana sepatutnya penaung dan pembela ISLAM sudah x kut ajaran ISLAM.

  6. Nak tukar cuti demi kesejahteraan ekonomi?

    Apa kata 1 Malaysia dari Perlis sampai sabah kita tukar cuti Jumaat & Sabtu bagi seragam semua. Kerajaan & swasta sama ja cutinya, tak kira la ko kerja cikgu ke, bank ke, kilang ke cuti sama ja hari Jumaat & Sabtu.

    Cuba buat kajian, tengok effect tak ekonomi Malaysia..

Comments are closed.