TERKINI : USD7 Bilion! Pulangan Rampasan 1MDB – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjangkakan menerima 7 bilion Dolar Amerika (USD) hasil daripada pulangan rampasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ia hasil daripada perkembangan positif pihak berkuasa Amerika Syarikat yang bersedia untuk memulangkan S$200 juta (RM828 juta) kepada Malaysia.