Australia akan menggantung lesen pemandu mabuk serta merta menerusi pindaan akta baharu yang lebih tegas mulai 20 Mei ini.

SYDNEY – Mana-mana pemandu dicekup memandu dalam keadaan mabuk di New South Wales, Australia akan digantung lesen memandu sert- merta dibawah undang undang baharu tegas selepas ini.

Pemandu berkenaan juga akan dikenakan denda $600 dolar Australia.

Bermula 20 Mei ini, pemandu yang membawa kenderaan dalam keadaan mabuk akan digantung lesen serta merta di lokasi untuk tempoh tiga bulan dan denda A$560 dolar, itupun melibatkan kesalahan kali pertama.

Menteri Jalan Raya, Andrew Constance berkata, NSW mengambil pendekatan sifar bertolak ansur ke atas pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk atau pengaruh dadah.

“Ini bermakna mana-mana pemandu kenderaan yang ditangkap mabuk semasa memandu di NSW termasuk tahap minimum akan kehilangan lesen memandu mereka serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hukuman itu diperketatkan sebahagian dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya 2021 untuk mengurangkan pemanduan mabuk dan trauma pengaruh alkohol di jalan NSW.

Sedikit perubahan telah dibawa terhadap pemandu kereta yang dicekup dengan pengaruh dadah secara haram, yang dikesan menerusi Ujian Dadah secara bergerak (MDT).

Sebelum ini kesemua pesalah lalu lintas hanya perlu hadirkan diri ke mahkamah tanpa denda dikenakan di lokasi kesalahan.

Malah,  hanya pemandu mabuk pada tahap alkohol kadar tinggi sahaja penggantungan lesen dibuat secara automatik dan pemabuk tahap sederhana akan diletakkan dalam pemerhatian ketat polis.

“Kini pemandu semua kategori yang dikesan di bawah pengaruh alkohol tanpa mengira tahap mabuk akan digantung lesen secara automatik apabila dicekup di lokasi kesalahan.

“Sekitar 68 orang telah meninggal dunia akibat kemalangan berkaitan pengaruh alkohol di Jalan NSW tahun lalu dan kebanyakannya berkait rapat dengan pengaruh dadah.,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast