KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon popular, Neelofa terus melakar sejarah dalam dunia seni apabila menjadi artis Malaysia pertama yang menghiasi papan iklan Swarovski dalam negara ini.
Papan iklan sempena kempen raya yang memaparkan wajah Neelofa itu kini dapat dilihat di beberapa lokasi strategik antaranya Lebuhraya Persekutuan, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan pusat beli belah terkemuka Pavilion dan Sunway Pyramid.
Neelofa yang merupakan duta Swarovski sejak 2017 berjaya meletak namanya sebaris dengan nama-nama besar antarabangsa seperti model terkenal Karlie Kloss yang sebelum ini pernah menghiasi papan iklan produk perhiasan dan aksesori mewah itu.
Difahamkan, Neelofa telah menjalani sesi fotografi papan iklan tersebut di Dubai pada Februari lalu. – MalaysiaGazette