Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Huzir Mohamed sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu.

Huzir merupakan Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi JSJ dan memangku jawatan pengarah JSJ sejak 13 Mac lalu menggantikan Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

PDRM dalam kenyataan media petang ini turut menamakan Ketua Polis Pahang, Komisioner Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman.

Pelantikan kedua-dua pegawai kanan polis itu akan berkuatkuasa pada 17 Jun 2019, kata Ketua Komunikasi Korporat Polis Urusetia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan itu.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan kekosongan jawatan Pengarah JSJ, Pengarah Komersial, Pengarah Cawangan Khas dan Pengarah Narkotik di Bukit Aman akan diisi dalam minggu ini.

Hari ini beliau mengumumkan pula pelantikan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Komisioner Datuk Saiful Azly Kamaruddin sebagai pemangku Pengarah Komersial Bukit Aman.

Dua lagi jawatan yang menunggu diisi ialah Pengarah Cawangan Khas dan Pengarah Narkotik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast