Syefura Othman
Syefura Othman

KUALA LUMPUR – Terasa dengan kritikan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd. Rani yang mendakwa ‘lakonan’ beberapa pemimpin DAP di negara hampir mengelirukan umat Islam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman tampil dengan hujahnya sendiri.

Menurut Syefura atau Rara, walaupun menjadi ahli politik DAP beliau tidak melihat ibadahnya itu sebagai lakonan dan melakukannya kerana Allah.

“Saya solat dan sujud pada Allah bukan lakonan ya ustaz, tapi kerana saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim,” tulis beliau di Twitternya, hari ini.

Isu ‘lakonan’ pemimpin DAP dikeluarkan Ahmad Dusuki merujuk kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang cuba meraih hati rakyat khususnya umat Islam dengan aktiviti berbuka puasa bersama-sama.

Menurut Ahmad Dusuki, lakonan itu kini berjaya menambat “beberapa ketul hati” orang Islam di negara ini.

Mengulas lanjut, Rara turut membidas Ahmad Dusuki dengan berkata “Hati tu tolong jangan hitam sangat,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/05/20/teruskan-lakonan-anda-dap/