Sharnaaz mengaku mereka bersepakat memulihkan perhubungan demi anak, Jebat Jayden Ahmad yang berusia lapan bulan.
“Jebat adalah segala-galanya bagi saya. Apa yang berlaku ketika ini, kami sedang melalui proses pemulihan akhlak.
“Kami mahu membetulkan diri menjadi suami isteri yang lebih baik demi Jebat,” katanya ditemui di majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya Megapine (M) Sdn Bhd di sebuah hotel di sini, hari ini.