Foto Kosmo

JAKARTA – Ibu negara Indonesia, Jakarta hari ini dikejutkan dengan satu rusuhan yanh mengakibatkan enam maut setakat ini.

Datuk Bandar Jakarta, Anies Baswedan berkata, mangsa yang terkorban meninggal dunia di hospital.

“Sehingga kini enam orang maut setakat ini apabila dua mangsa meninggal dunia di Hospital Tarakan dan selebihnya di hospital Pelni, Budi Kemulyaan, Cipto Mangunkusumo dan RSAL Mintoharjo

“Secara keseluruhan, 200 mengalami kecederaan sehingga 9 pagi ini,” katanya memetik laporan The Jakarta Post.

Anies memberitahu beliau telah pergi ke Hospital Tarakan di Jakarta Pusat untuk memeriksa penunjuk perasaan yang cedera.

“Hospital Tarakan menerima bilangan pesakit terbesar pada pagi ini. Kira-kira 80 penunjuk perasaan yang cedera dibawa pada
pagi ini.

“Sementara itu, kira-kira 70 penunjuk perasaan yang cedera dimasukkan ke Hospital Pelni di Jakarta Barat,” katanya.

Anies menyeru penunjuk perasaan supaya memelihara ketenteraman awam dan keselamatan bagi mengelakkan lebih banyak kematian dan kecederaan.

“Sila protes dengan cara yang damai dan teratur. Saya juga menggesa anggota penguatkuasa undang-undang untuk
mengendalikan sekatan bagi mengelakkan sebarang konik yang tidak diingini dengan penunjuk perasaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast