logo 1MDB
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu sebuah pejabat firma audit Deloitte di Kuala Lumpur hari ini bagi mencari dokumen dan rekod yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), demikian menurut dua sumber kepada Reuters.

Pihak berkuasa di sekurang-kurangnya enam negara sedang menyiasat dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram ke atas 1MDB.

Manakala pendakwa raya Amerika Syarikat pula mendakwa sejumlah AS$4.5 bilion dana syarikat berkenaan telah disalah gunakan oleh orang atasan dan sekutu-sekutu mereka.

Deloitte mengaudit penyata kewangan 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 sebelum berhenti menjadi juruaudit firma tersebut pada awal 2016.- MalaysiaGazette