KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah dari Kedah melahirkan rasa kagum dengan komitmen Datin Seri Rosmah Mansor kerana berjaya khatam al-Quran setiap kali Ramadan sejak 14 tahun lalu.
Ustaz Ahmad Husam Baderudin berkata, itu sisi ‘kehebatan’ isteri kepada Datuk Seri Najib Razak yang tidak diketahui ramai sebelum ini.
Dalam video ceramahnya semalam, beliau mendapat tahu perkara itu daripada seorang ustaz yang mengajar Rosmah secara tadarus setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
“Kalau Rosmah beritahu mungkin saya tidak percaya namun ia disebut sendiri oleh ustaz yang mengajarnya sendiri. Menurut ustaz itu dia datang setiap hari mendengar bacaan ayat suci dari Rosmah secara berdepan.
“Biasanya, sebelum habis Ramadan Rosmah akan khatam al-Quran dan ia sudah dilakukannya sejak 14 tahun lepas lagi cuma tahun lepas tak sempat kerana kediaman mereka diserbu polis,” kata Ahmad Husam.
Beliau baru-baru ini berbuka puasa dan solat tarawih di kediaman Najib di Pavilion dan berbual panjang sehingga pukul 1 pagi.
Ahmad Husam juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada Rosmah kerana sebelum itu dia juga ada mengumpat perkara tidak baik kepadanya seperti yang dilakukan terhadap Najib pada tahun lepas.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Rosmah sangat hebat tidak semua orang mampu melakukannya pada bulan Ramadan termasuk dirinya walaupun seorang ustaz.
Alhamdulillah. Semua orang ada baik buruk masing2