JAKARTA – Batik Air akan memulakan penerbangan harian Jakarta-Pulau Pinang bermula 29 Mei ini
Penerbangan sulung anak syarikat Lion Air itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Soekarno-Hatta pada jam 7 pagi dan tiba di Pulau Pinang pada jam 10.15 pagi manakala penerbangan dari Pulau Mutiara itu akan berlepas pada jam 11 pagi dan tiba di Jakarta pada jam 12.15 tengahari, lapor The Jakarta Post.
Batik Air akan menggunakan pesawat Boeing, B737-800NG untuk laluan tersebut yang menawarkan 12 tempat duduk kelas perniagaan dan 150 tempat duduk kelas ekonomi. – Agensi