LONDON – Pengurus Chelsea Maurizio Sarri dilaporkan telah bersetuju dengan terma perjanjian untuk mengambil alih jawatan Pengurus Juventus.
Laporan mengejut itu menyusul selepas pengurus Manchester City dikatakan menolak tawaran itu untuk kekal di city.
Pasukan Serie A itu sebelum ini memburu jurulatih baharu selepas Massimiliano Allegri mengumumkan pengundurannya pada akhir musim ini.
Pep Guardiola dilihat sebagai pengganti kekosongan itu, bagaimanapun jurulatih kelahiran Sepanyol itu menolak tawaran tersebut dan mengambil keputusan untuk kekal dengan City
Sarri yang menyerlah semasa menerajui kelab Napoli menjadi calon utama dan kini dijangka bakal diberi peranan utama selepas aksi akhir menentang Arsenal dalam Liga Europa Rabu depan.
Antonio Conte dan Jose Mourinho juga dikaitkan dengan kekosongan jawatan di kelab tersebut.
Laporan mendakwa Sarri akan menerima gaji 6.1 juta pound setahun dengan kontrak bertempoh tiga tahun.
Bagaimanapun keputusan itu tidak akan diumumkan secara sehingga perlawanan akhir Liga Europa di Baku. – Agensi