NASHVILLE – Sebuah taman tema dilancarkan di Amerika Syarikat mengimbau kembali tragis kematian mendiang Puteri Diana.
Taman tema yang direka berdasarkan berdasarkan majalah tabloid terletak di Pigeon Forge, Tennessee itu mencertuskan
Namun taman tema itu sudah dilanda kontroversi yang turut keluarga diraja England.
Imbauan semula insiden kemalangan maut Diana merangkumi model komputer 3 Dimensi (3D) untuk menghasilkan semula kemalangan kereta pada 1997 dan pengunjung dikenakan bayaran sebanyak 20 pound untuk pengunjung dewasa dan 15 pound untuk kanak-kanak.
Para pelawat akan diminta memberikan pendapat masing masing sama ada mereka rasa Puteri Wales itu dibunuh monarki England atau pun mengandungkan anak hasil hubungan dengan teman lelakinya, Dodi Fayed.
Pereka taman tema itu, Robin Turner memberitahu bahawa ia merupakan model komputer 3D dan pengunjung akan melihat suasana menyerupai Paris dalam bentuk tiga dimensi.
Ia turut menunjukkan jejak perjalanan terakhir Diana yang bermula di Hotel Ritz sebelum beliau dikejar paparazzi dan diakhiri dengan pelanggaran yang menyebabkan penglihatan pemandu Diana buta pada kejadian yang berlaku 22 tahun lalu.
Bagaimanapun Turner berkata, pengunjung tidak akan dapat melihat mana-mana kejadian mgeri nahas itu sambil menambah kesan darah tidak akan ditunjukkan, sebaliknya sekadar nahas kereta menerusi animasi komputer.
“Kepada mana mana orang yang tidak pernah ke Paris, ia hanya menunjukkan topografi dan jarak, terowong kemalangan dan sebagainya dalam 3D yang telah diwujudkan semula secara profesional,” katanya.
Dia juga berharap Putera William dan Putera Harry dapat meluluskan tarikan taman tema itu sambil mengakui bahawa kedua-dua putera England itu sangat sensitif. – MalaysiaGazette