KUALA LUMPUR – Syarat ketat yang dikenakan ke atas penyedia perkhidmatan e-hailing itu juga dibuat atas pertimbangan kerajaan bagi mempastikan kebajikan pemandu tidak terjejas serta tidak terabai.
Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar bercakap kepada media selepas Majlis Sumbangan Sempena Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dataran KAMARA, Kampung Malaysia Raya, Kuala Lumpur.