KUALA LUMPUR – Tiga saksi yang pernah memegang jawatan penting dalam syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan juga anak syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) hadir ke mahkamah untuk proses pengecaman hari ini.
Ketiga-tiganya ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin dan bekas Pengarah Kewangan IPSB, Datuk Abdul Aziz Ismail.
Proses pengecaman itu dilakukan oleh bekas Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman ketika diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Saifuddin Hashim Musaimi.
Ketiga-tiga mereka kemudian meninggalkan bilik perbicaraan selepas proses tersebut sebelum peguam Harvinderjit Singh menyambung sesi soal balas dengan Shamsul berhubung kaitan serta peranan mereka dengan kes ini.
Harvinderjit juga bertanya tentang peranan dimainkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), Ung Sun Ling dan Pengarah Projek, Dennis See.
Shamsul juga mendedahkan Dennis adalah sepupu kepada Sun Ling. –MalaysiaGazette