Gattuso meninggalkan jawatan Ketua Jurulatih AC MIlan selepas gagal membantu kelab itu layak ke saingan Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

ITALI – Gennaro Gattuso melepaskan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih AC Milan berkuatkuasa serta-merta.

Gattuso mengambil keputusan mengejut itu secara ‘perjanjian bersama’ selepas gagal membantu kelab Serie A itu mara ke kempen Liga Juara Juara Eropah musim 2019/2020.

Bekas bintang antarabangsa berusia 41 tahun itu pernah beraksi dalam 468 penampilan untuk kelab tersebut.

Gattuso masih berbaki kontrak dua tahun tetapi meletakkan jawatan ketua jurulatih.

“AC Milan mengucapkan setinggi penghargaan kepada Gattuso atas kepimpinan pada 18 bulan terakhir ini,” kata kelab itu dalam kenyataan rasmi di sini.

AC Milan menamatkan saingan Serie A musim ini di tangga kelima carta liga.

AC Milan yang pernah menjuarai Piala jelit kejuaraan Eropah sebanyak tujuh kali gagal beraksi dalam temasya itu sejak musim 2013/2014 lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast