Chelsea julang Liga Europa selepas menewaskan Arsenal 4-1 dalam aksio final di Stadium Baku, Azerbaijan malam tadi.

BAKU – Pengurus Maurizio Sarri menghantar mesej jelas kepada pemilik Chelsea bahawa kemenangan menjulang Liga Europa malam tadi melayakkan beliau kekal dengan kelab bola sepak itu.

Katanya, kemenangan itu merupakan koleksi trofi pertama Maurizio Sarri bersama the Blues.

Malang bagi Arsenal apabila hasrat menjulang Liga Europa untuk melayakkan diri ke kempen Liga Juara Juara Eropah secara automatik musim hadapan berkecai.

Sarri berkata, beliau mahu duduk bercakap dengan pengurusan tertinggi the Blues mengenai masa depannya selepas khabar angin mengaitkan beliau dengan tugas Juventus tersebar.

Chelsea pertama kali menjulang gelaran itu pada 2013 di Amsterdam.

“Kemenangan ini membuktikan apa yang saya boleh buat untuk Chelsea untuk mengekalkan kegemilangannya.

“Saya bernasib baik duduk dalam kelab ini dan saya layak menerajui kelab ini lebih lama, tetapi kata-kata saya sahaja tidak cukup mengesahkan karier saya bersama the Blues,” katanya mahu bersemuka dengan pemilik kelab untuk membincangkan masa depannya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast