KUALA LUMPUR – Menteri termuda negara, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik perhatian netizen apabila mengenakan sepasang stokin dengan watak adiwira DC Comics, Superman.

Keletah Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu dilihat dalam sebuah gambar sempena Aidilfitri yang diambil di pejabatnya jam 2 petang tadi.

“Saya beruntung diberi kesempatan untuk berkhidmat dengan mereka, keluarga KBS saya,” katanya di status beliau.

Namun perhatian netizen tertumpu kepada stokin yang dipakai Ahli Parlimen Muar itu.

Mata netizen sungguh tajam apabila memberikan komen mengenai stokin beliau.

“Ohhh super man socks…😄👍,” komen Adarsh Hedge.

Ada juga yang memberikan komen memuji Menteri Belia dan Sukan itu.

“Superman Mantappp 🔥 nice YB ..aha,” kata @z_zhen94.

Malah ada juga netizen nakal yang berkata ini adalah Aidilfitri terakhir buat beliau di KBS.

“Your last raya with your KBS family,” sinis Posey di ruang komen.

Bagaimanapun, tiada komen balas daripada Syed Saddiq mengenai itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast