KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat pujian warganet apabila menyampaikan sumbangan secara ‘senyap-senyap’ kepada seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU).

Ketika mengunjungi satu kawasan umum dipercayai pusat beli-belah, Ahli Parlimen Pekan yang itu dikerumuni orang ramai sempat menyeluk saku dan kemudiannya menyampaikan wang di tangan lelaki OKU berkenaan.

Tindak tanduk Najib itu disedari seorang pengguna laman sosial yang merakam video beliau semasa di lokasi perkara itu berlaku.

Menerusi Facebook, Aznil Hisham yang memuat naik video berkenaan menulis di postingnya “Cuba perhati baik-baik. Dalam senyap, sempat gak dia seluk saku. Kononnya dengan harapan takde siapa nampak la.

“Ye la, nak buat baik ni di mana-mana sahaja pun boleh. Tak semestinya dalam sampaikan zakat dalam masjid atau iftar dalam kuil saja. Banyak cara nak buat kebaikan. Betul tak?” tulisnya.

Status tersebut kemudiannya mendapat banyak komen daripada netizen dengan ada yang kagum dengan kemuliaan hati Najib itu.

Sharha Yus memberikan komen; “Ya la..nampak…Sebelum ni tak perasan pun..Hebatnya DSN” katanya.

Seorang lavgi, Shah Nani pula memberikan komen; “Ya Allah..Kalau benar ini sifat ikhlas yang ada pada Dato Seri Najib..Engkau amouni dia..Masukkan aku dan dia dalam golongan orang yang soleh..Ya Allah engkau maha melihat lagi maha mengetahui..Aamin Ya Allah,” tulisnya.

Lebih 900 netizen menyukai video yang tular itu dengan mendapat lebih 400 perkongsian. – MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast