Kepada
YB Mat Sabu
Menteri Pertahanan.
Ucapan YB baru-baru ini bukan sahaja memperlekehkan Anggota Pertahanan kita tetapi telah membuka ruang untuk musuh kita untuk membaca pertahanan sempadan kita.
YB bukan dari latar belakang anggota keselamatan, oleh itu YB tidak mempunyai fahaman dan perasaan seorang Anggota keselamatan yg saban hari mengadai nyawa pempertahankan Kedaulatan Negara kita.
Tahukah YB, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang berjaya menumpaskan Komunis? Negara Amerika Syarikat yang diagung-agungkan pun tidak dapat menewaskan ancaman komunis.
Tapi mana YB nak tahu… bukankah YB satu masa dulu sokong Chin Peng dan gelar beliau sebagai Wira?
YB ada tengok gambar “Blackhawk Down”? Kalau ada masa, cuba YB tengok gambar tu. Tu cerita benar dimana anggota2 UN dari kontijen Malaysia telah menyelamatkan anggota-anggots Para military USA.
YB dah tengok gambar PASKAL? YB tahu ke Malaysia lah satu-satunyanya negara didunia yg berjaya menangkap dan membawa lanun-lanun Somalia ke muka pengadilan. Anggota-anggota PASKAL berjaya menawan lanun-lanun Somalia tanpa kehilangan nyawa kelasi kapal “Bunga Raya”.
Lanun-lanun itu, 17 orang semuanya dituduh “Raging War against The Yang di-Pertuan Agung” jika disabit akan dihukum gantung.
Saya minta YB jgn memperlekehkan jasa dan khidmat anggota-anggota kita. Buat lawak ni ada masa dan tempatnya YB.
Nak cerita bab kehebatan anggota-anggota keselamatan kita ada banyak lagi YB, cuma saya tak nak citer nanti musuh dapat tau kehandalan anggota-anggota kita.
Sekian
S.Suthakhar
Ex-Wataniah REJIMEN 513
Markas Sungai Petani.