KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Rihanna dinobatkan sebagai penyanyi wanita terkaya di dunia.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Forbes, setakat ini Rihanna dikatakan memiliki kekayaan sebanyak RM2.49 bilion (AS$600 juta).
Dengan jumlah kekayaan tersebut, Rihanna telah berjaya mengalahkan Madonna yang memiliki kekayaan RM2.36 bilion (AS$570 juta), Celin Dion RM1.86 bilion (AS$450 juta) dan Beyonce RM1.66 bilion (AS$400 juta).
Produk kecantikan Fenty Beauty miliknya merupakan penyumbang terbesar untuk kekayaan pernyanyi itu.
Sememangnya jenama Frenty Beauty popular dalam kalangan pencinta alat solek kerana menawarkan sehingga 40 jenis produk berbanding dengan jenama alat solek lain.
“Fenty Beauty tidak hanya meraih penjualan yang luar biasa, namun produk berkenaan juga memiliki potensi untuk mengubah industri secara tetap,” kata seorang penganalis Stephanie Wissink.
Bagaimanapun, perniagaan Rihanna tidak terhad dalam bidang kecantikan sahaja. Malah, penyanyi berusia 31 tahun itu baru sahaja melancarkan jenama pakaian Fenty Maison serta pakaian dalam Savage X Fenty. – MalaysiaGazette